Satu taklimat struktur dan fungsi yang melibatkan semua Ketua Cawangan, Ketua Unit, Ketua Negeri dan Team Lead Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan di setiap pejabat PERKESO telah diadakan pada 05 Januari 2024 bagi membentangkan struktur dan fungsi cawangan dalam Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan. Disamping itu, akan diadakan satu sesi latihan berkaitan ciri-ciri terbaru Portal MYFutureJobs dan advokasi Labor Market Insight  selaras dengan aspirasi bagi penambahbaikan pengoperasian perkhidmatan pekerjaan.

 

Oleh itu, wakil pegawai dari bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Analisa Pekerjaan (EIAS) dijemput untuk membuat perkongsian berkaitan Labour Market Information, Labour Market Tools dan Labour Market Data kepada semua Ketua Unit, Ketua Negeri dan Team Lead sempena Taklimat Struktur Dan Fungsi Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Sesi 2024.

In case you missed it