Pada 19 Jun 2024, Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Analisa Pekerjaan (EIAS) telah menerima kunjungan daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang terdiri daripada Pengarah UPEN, Timbalan Pengarah (2), Timbalan Pengarah (3) dan pegawai sokongan yang bertindak sebagai sektor pembangunan. 

 Tujuan lawatan tersebut bagi membincangkan kerjasama berkenaan Pangkalan Data (Dashboard) tenaga kerja di Negeri Sembilan bagi pembangunan e-Data Sosioekonomi Negeri Sembilan. Beberapa objektif lawatan kerja dan perbincangan kerjasama yang meliputi –  

  • Perkongsian maklumat pasaran buruh yang komprehensif dan memenuhi keperluan UPEN dengan meneliti bersama data pasaran buruh bersama Kerajaan Negeri Sembilan dan PERKESO;  
  • Menjelaskan informasi dan memberi pencerahan yang lebih jelas berkenaan peranan perkhidmatan yang disediakan oleh PERKESO;  
  • Melihat peluang serta ruang yang lebih luas dalam menyusun pelan strategik ke hadapan menerusi kolaborasi PERKESO bersama Kerajaan Negeri Sembilan; dan  
  • Mewujudkan kumpulan gerak kerja yang lebih efektif dalam pelaksanaan antara PERKESO dengan Kerajaan Negeri Sembilan  

In case you missed it