Loading...

Pengenalan

Taksonomi adalah sains bagi pengelasan objek atau konsep berdasarkan ciri-ciri dan hubungan mereka dengan satu sama lain. Di EIS, kami memberi tumpuan kepada taksonomi kemahiran, pekerjaan, kelayakan, dan kompetensi.

MSOC: Taksonomi Lokal Kami

Taksonomi kami dikenali sebagai Kemahiran, Pekerjaan, Kelayakan, dan Kompetensi Malaysia (MSOC).

MSOC mengklasifikasikan:

  • Pekerjaan cth. peguam, pensyarah, jururawat

  • Kemahiran cth. Adobe Photoshop, pertukangan, pemikiran kritis

  • Pendidikan dan latihan cth. Bachelor Sains Kimia, Kursus Perakaunan Sage X3

  • Sektor industri cth. Pembuatan, perlombongan, pembinaan

Mengapa pengurusan Taksonomi dibangunkan?

  • Bagi memastikan padanan pekerjaan yang efektif.

  • Pencari kerja dipadankan dengan kekosongan pekerjaan berdasarkan kemahiran dan kelayakan sebenar mereka.

  • Carian menggunakan kata kunci merupakan teknik lama dan tidak tepat.

  • Bagi membolehkan kajian yang sistematik dalam pasaran buruh

  • Penyelidik perlu menggunakan satu set istilah yang sama untuk memahami antara satu sama lain.

Memahami Klasifikasi Pekerjaan dan Tahap Pendidikan

  1. Maklumat di bawah merupakan panduan bagi klasifikasi pekerjaan mengikut tahap pendidikan dan tahap gaji median. Ia akan membantu dalam memahami faktor-faktor seperti jurang kemahiran, perbezaan dalam tahap pendidikan yang diperlukan, dan bidang pengajian yang tidak sesuai yang membawa kepada ketidaksepadanan pekerjaan.
  2. Individu perlu memiliki sekurang-kurangnya diploma, ijazah sarjana muda, atau ijazah pasca-sarjana untuk memasuki mana-mana daripada kategori pekerjaan teratas iaitu Pengurus, Profesional, dan Juruteknik dan Profesional Bersekutu (Eksekutif).
  3. Individu yang bekerja dalam kategori pekerjaan 4000 hingga 8000 perlu memiliki sekurang-kurangnya kelayakan bukan ijazah contohnya SPM atau STPM. Pekerja Asas (kumpulan 9000) tidak memerlukan sebarang kelayakan pendidikan.
  4. Gaji median untuk setiap kategori pekerjaan ditunjukkan dalam kolum terkanan.
  5. Gaji minimum untuk semua kategori pekerjaan adalah RM1,500.
  6. Lawati ESCO untuk maklumat lanjut berkenaan klasifikasi pekerjaan.

Nota

  1. NER merujuk kepada Kajian Imbangan Pekerjaan Kebangsaan 2018 yang dijalankan oleh ILMIA dan KSM.
  2. EIS merujuk kepada data Kehilangan Pekerjaan 2018 yang dikumpulkan oleh Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) PERKESO.
  3. DOSM merujuk kepada Laporan Kajian Gaji dan Upah 2018 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Loading...