Lawatan Kerjasama Perkeso Bersama Invest NS

Lawatan kerjasama ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju serta Gerakan Bersama antara dua agensi dalam membangunkan pelaburan di Negeri Sembilan serta membincangkan pelbagai strategik memudahcara pelabur untuk mendapatkan calon pekerja menerusi kepelbagaian bentuk program serta memperkenalkan dashboard kawalan kitaran penawaran dan permintaan buruh di Negeri Sembilan. Sesi ini juga memberikan pelbagai input tambahan untuk merealisasikan bersama bagi mencapai Rancangan Pembangunan Ekonomi Ekonomi Negeri 2021-2025 dibawah fokus penyediaan bakat menepati masa hadapan di Negeri Sembilan.

Sesi Perbincangan Bersama Antara Perkeso Dan MQA

Perbincangan bersama antara PERKESO dan MQA membuahkan hasil dimana pihak PERKESO berjaya membangunkan sistem ‘Career Bridge Tool’ yang meliputi semua program yang telah diakreditasi oleh MQA dan dipadankan dengan data kekosongan jawatan MYFututeJobs secara (real time)

Program Train The Trainer Bersama Kaunselor Sekolah

Program CEP bertujuan untuk memberi latihan berkaitan pasaran buruh aktif, perkhidmatan pekerjaan PERKESO dan Portal MYFutureJobs kepada Guru Kaunseling sebagai kelestarian Pembangunan kerjaya murid sekolah melalui Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO dalam kurikulum sekolah.

By |2024-04-29T17:48:38+08:00Mei 18, 2023|Pendidikan Umum, Berita|0 Comments
Go to Top