Loading...

Pengenalan

  • Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) 2008 Ver. 1.0 merupakan klasifikasi untuk semua aktiviti ekonomi di Malaysia yang dibangunkan berdasarkan International Standard Industrial Classification of All Economics (ISIC) Revision 4 yang telah diterbitkan pada Disember 2006 dan tertakluk kepada keperluan perubahan dan modifikasi untuk memenuhi standard negara.
  • MSIC dibangunkan bertujuan untuk menjadi standard klasifikasi untuk aktiviti produktiviti dalam ekonomi. Tujuan utama MSIC adalah menyediakan satu set kategori aktiviti yang boleh digunakan semasa pengumpulan dan persembahan statistik mengikut aktiviti berkenaan.
  • Industri dibentuk melalui penggabungan unit yang mempunyai persamaan aktiviti utama mengikut kriteria persamaan yang khusus. MSIC boleh digunakan untuk menghasilkan statistik mengikut aktiviti atau industri bagi pertubuhan atau mengikut jenis unit aktiviti.
  • MSIC bertujuan untuk menyediakan satu set kategori aktiviti yang membolehkan entiti diklasifikasikan mengikut aktiviti ekonomi yang mereka jalankan.
  • Sumber daripada Jabatan Perangkaan Malaysia
Loading...