Pada 30 julai 2024, satu perbincangan telah diadakan antara Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Analisa Pekerjaan (EIAS), PERKESO dan Institusi TVET mengenai keperluan pembangunan dashboard pasaran buruh Negeri Perak bagi tujuan perancangan pembangunan dan tenaga kerja negeri Perak. Perbincangan tersebut telah disertai olah 35 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai institusi TVET di Negeri Perak. Para peserta diperkenalkan dengan fungsi Portal Pekerjaan Negara iaitu Portal MYFutureJobs, Dashboard Pasaran Buruh negeri Perak dan PERKESO Labour Market Exchange (LMX) Portal.