Pada 6 Jun 2024 telah diadakan Sesi Town hall bagi memperkenalkan projek rintis Dasar Gaji Progresif (DGP) beserta maklumat terperinci khusus kepada majikan yang layak memohon inisiatif tersebut. Medan ini juga memberi peluang kepada pihak majikan dan pekerja untuk menyuarakan pandangan, kebimbangan, dan cadangan mengenai dasar yang dicadangkan.

Dasar Gaji Progresif (DGP) adalah manifestasi komitmen kerajaan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara dirasai oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya golongan pekerja. Kerajaan juga telah bersetuju untuk melaksanakan projek rintis DGP yang akan dilaksanakan mulai Jun 2024 hingga Ogos 2024 melibatkan sebanyak 1,000 majikan berdasarkan prinsip first come first served.

Kerajaan melalui KESUMA telah melaksanakan beberapa inisiatif berkaitan gaji, termasuk Perintah Gaji Minimum dan Sistem Upah yang Dikaitkan dengan Produktiviti (PLWS). Dasar Gaji Progresif ini menyokong usaha untuk mereformasi struktur gaji pekerja di Malaysia. PERKESO menyeru para majikan untuk turut serta dan memanfaatkan kelebihan di bawah projek rintis ini.

 

Sekiranya anda terlepas