Pada 28 Ogos 2024, satu sesi perbincangan bersama pihak UPEN Negeri Sembilan melibatkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Sembilan telah diadakan bagi melihat semula mengenai isu penggajian pekerjaan, gaji pekerja, taburan gaji serta peluang pekerjaan yang timbul di sektor swasta dan industri di Negeri Sembilan.

Dalam perbincangan tersebut juga, pihak UPEN memohon supaya isu-isu berkaitan pekerjaan tersebut turut meliputi sektor industri dan daerah/bandar yang dipilih iaitu Nilai dan Senawang sebagai baseline. Ini juga meliputi maklumat penawaran buruh dan TVET di Negeri Sembilan. Pihak UPEN turut bersetuju untuk mengadakan perbincangan susulan terhadap perkara-perkara ini dengan lebih mendalam sebagai input persediaan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Pelaburan dan Perindustrian.

 

In case you missed it